Anna Jobling ‘Disyaki’ Pengkhianat Sebar Video Kelab Malam Haneesya? “Kawan Tikam Belakang”

0
436

Belum reda isu penarikan takhta kejuaraan Haneesya Hanee di pertandingan Dewi Remaja, kini seorang lagi peserta yang merupakan finalist Dewi Remaja, Ann a Jobling telah dikaitkan dengan isu tersebut.

Menerusi satu thread di Twitter, seorang pengguna laman sosial itu telah membongkar perbualan WhatApp yang dimuat naik oleh seorang peserta Dewi Remaja yang terlibat iaitu Ernisha menerusi IG Story.

Melalui isi kandungan perbualan tersebut, Ernisha seakan memberi gambaran bahawa Anna Jobling terlibat dalam penyebaran video itu.

Kawan makan kawan?

Bukti apa tu…

Kenapa nak takut, kalau tak salah?

Orang buat salah je biasa takut ni.

Siapalah yang jadi pengkhianat…

Oh, the tea is especially hot today…

Menerusi Instastory Ernisha, dia seolah-olah memberi bayangan terdapat pengkhianat dalam pertandingan Dewi Remaja.

Walaupun Ernisha mengaburkan nama pemilik akaun Twitter yang dinyatakan, rata-rata netizen dapat menjangka  dalang dalam penyebaran video itu adalah Anna Jobling.

Kawan tikam belakang?

Bekas juara Dewi Remaja, Haneesya Hanee turut sama memuat naik satu Tweet yang seakan ditujukan kepada Anna Jobling.

Namun begitu, muat naik tersebut tidak lagi kelihatan, dipercayai sudah dipadamkan oleh bekas juara Dewi Remaja itu.

Anna, betul ke you yang sebarkan video tu?

Anna Jobling adalah salah seorang peserta akhir Dewi Remaja dan telah mendapat tempat kelima dalam pertandingan tersebut.

Selepas namanya dikaitkan dengan isu itu, netizen telah menyerang akaun Instagram Anna dan meninggalkan komen  bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut.

Siapa pula yang tukang rakam video tu?

SUMBER : Instagram Anna Jobling

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express