“Anda Sememangnya Legend!” – Dato’ Khaty Beri Pujian Kepada Zamani Atas Persembahan Mantap

0
20

Akhirnya selepas pelbagai khabar angin muncul samada Zamani akan membuat persembahan atau tidak, malam ini terjawab sudah semua persoalan.

Bertemakan Terbaik Boss, Zamani telah menyanyikan lagu popular dari kumpulan Nidji yang berjudul Hapus Aku. Walaupun kelihatan Zamani masih tidak berapa sihat namun dia masih boleh menyanyi dengan baik.

Malah Zamani turut membawa pulang hadiah artis undian Cuckoo. Selain itu Dato Khatty turut memuji persembahan Zamani.

”Alhamdulillah, akhirnya Zamani anda kembali..walaupun anda masih tidak sihat tapi anda membuktikan bahawa anda seorang penghibur. Anda memang lejeng Zamani”, komen juri tetap Dato Khaty

Lagu tugasan untuk konsert minggu keenam itu telah ditetapkan oleh pihak produksi sebelum ini..

Konsert GV5 lalu telah menyaksikan Zamani sepatutnya tersingkir kerana gagal melontarkan suaranya ketika menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.

Namun Zamani diselamatkan dengan kuasa imuniti daripada penaja terbesar GV5, Datuk Seri Aliff Syukri.

Zamani akan bersaing bersama lapan bintang GV5 menerusi lagu Hapus Aku (Nidji) pada minggu keenam Ahad ini.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Penyanyi Zamani membuat permohonan maaf terbuka menerusi akaun Instagramnya susulan insiden hilang suara pada konsert Gegar Vaganza (GV5) minggu lalu.

Tulis Zamani, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberikannya peluang menerusi kuasa imuniti serta doa yang dititipkan kepadanya saban waktu.

“Maaf kepada semua kerana tak dapat menyampaikan lagu ini pada malam konsert kelima. “Terima kasih pada semua atas sokongan padu yg diberikan pada malam itu. Terima kasih tak terhingga pada Datuk Seri Aliff Syukri atas pemberian imuniti dan semua juri. “Terima kasih kepada team produksi GV5 yang menjaga saya selama ini dan semua peserta GV5 yang seperti keluarga dan tak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini,” tulis Zamani.

Zamani turut mengubat kekecewaan peminat menerusi rakaman video ketika sesi rehearsal sehari sebelum konsert berlangsung.

Penyanyi popular itu berdepan detik memilukan apabila gagal melontarkan suaranya ketika menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert kelima GV5 Ahad lalu.

Bagaimanapun, vokalis kumpulan Slam itu diselamatkan menerusi kuasa imuniti penaja utama GV5, Datuk Seri Aliff Syukri yang sekali gus melayakkannya bertanding pada minggu ini.

Zamani akan bersaing bersama lapan bintang GV5 menerusi lagu Hapus Aku (Nidji) pada minggu keenam Ahad ini.

VIDEO :

SUMBER : NewsCoViral

Loading...