Anak Mohon Doa Untuk Bapa – Baru Tiba Di NZ, Anak Temani Bapa Jalani Pembedahan Kedua

0
27

Anak kepada salah seorang rakyat Malaysia yang parah dalam kejadian berdarah di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand memohon doa orang ramai untuk keadaan bapanya Mohd. Nazril Hisham Omar.

Menerusi laman sosial Twitter, Haiqal Daniel dan ibunya Prof. Madya Dr. Zurinawati Mohyi baru sahaja tiba di negara itu untuk menemani bapanya yang kini sedang menjalani pembedahan kedua.

Mohon Doa Kalian!

Sebelum ini, pemuda berusia 20 tahun itu juga memuat naik posting berkongsi keadaan bapanya dimana kelihatan kedua-dua belah kaki dan belakang badan berbalut berkemungkinan akibat kesan tembakan.

Stabil Tapi Masih Lemah

Tweet tersebut menjadi tular dengan diulang kicau sebanyak 9,200 kali serta mendapat 6,400 tanda suka serta mendapat pelbagai komen daripada masyarakat serata dunia.

Rata-rata turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bapanya dan berharap agar kesulitan keluarga mereka dipermudahkan kelak.

Saya Kristian & Masih Mendoakan Bapa Kamu!

Doa Kami Bersama Kamu!

Semoga Allah Hapuskan Dosa Bapa Kamu

Semoga Allah Sembuhkan Bapa Kamu Dengan Segera

Terdahulu menerusi panggilan telefon, Zurinawati sebak dan bersyukur apabila dapat mendengar suara dan melihat suaminya namun masih dalam keadaan lemah kerana kesan pembedahan dan ubatan.

SUMBER : Twitter Haiqal

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express