AMK Sokong Ratifikasi ICERD

0
138

Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menghalang sekiranya kerajaan mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan bagaimanapun perlu memastikan Perlembagaan Persekutuan tidak diubah dengan menandatangani ICERD.

Menurutnya, Perlembagaan ada sebut tentang kesamarataan tetapi ada keistimewaan terhadap Melayu dan bumiputera tetapi hak kaum lain turut dijaga.

“Jika kita boleh lindungi Perlembagaan, kenapa tidak kita tandatangan ICERD.

“Saya tidak ada masalah, syarat saya Perlembagaan tidak perlu diubah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres National AMK 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

SUMBER : Utusan Online