Akhirnya Ini Nasib Yang Menimpa Mat Rempit Ini Selepas Merempuh Pejalan Kaki. Dua Mat Rempit Ini Diburu Polis

0
459
Zakat Untuk LGBT

10 Golongan Songsang Termasuk LGBT Layak Terima Zakat. Apa Komen Anda??

Posted by Metafora Anafora on Wednesday, September 5, 2018

Berubah lah anak muda.. Jgan buat kerja yg sia2… Org lain berlumba megejar cita2.. Tapi yg mat rempit ni berlumba untuk kejar popularity .. Xde kesudahan klu x berubah…

Highway Salor, Pasir Mas

 

POLIS memburu dua lagi penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam lumba haram di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin yang mengakibatkan ke m4tian.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor berkata, dua penunggang motosikal itu amat dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam pertaruhan hingga menyebabkan rakan mereka, Norazrin Azizan Abdul Aziz, 26, m4ut, manakala pejalan kaki, Mohd Azhan Baharudin p4r4h.

“Kedua-dua penunggang ini dikehendaki polis bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Buat masa ini polis sudah merakam percakapan beberapa individu,” katanya pada sidang media di Balai Polis Senawang, ketika mengetuai Operasi Samseng Jalanan di Seremban, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman.

Sharul Othman berkata, pihaknya juga sedang mengesan penganjur perlumbaan dan siasatan awal mendapati ia membabitkan pertaruhan.

Akhbar ini semalam melaporkan penunggang motosikal yang terbabit kemalangan di Jalan Salor Baru me ningg4l dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian ketika menerima rawatan jam 4.55 pagi akibat pendarahan otak.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi kelmarin, Norazrin Azizan yang berasal dari Cherang Ruku, Semerak menunggang motosikal Yamaha 125Z, dipercayai hilang kawalan lalu merempuh Mohd Azhan yang cuba melintas jalan.

Akibat kejadian, Mohd Azhan putus kaki kiri dan patah kedua-dua belah tangannya.

Video kem4l4ngan itu kemudian tular di media sosial dan kedua-dua m4ngsa yang parah dibawa ke HUSM oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Menurut seorang pengguna sosial media UBAH yang memuat naik video mat rempit itu, beliau menitipkan kata-kata nasihat untuk anak-anak muda  supaya tidak hanya berlumba motor semata2 kerana ini kerja sia-sia dan hanya kerana populariti. Beliau sempat menitipkan nasihat supaya berubahlah wahai anak muda.

SUMBER : Express Viral

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here