Ahli Parlimen Labuan Dijangka Tinggal UMNO, Sertai Warisan

0
104

Ketika dihubungi Astro AWANI, Rozman tidak mengiya atau menafikan khabar angin itu.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dijangka mengumumkan keputusannya meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Warisan Sabah.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Rozman tidak mengiya atau menafikan khabar angin itu.

Sebaliknya katanya, beliau sibuk menyediakan kenyataan rasmi mengenai khabar angin tersebut.

“Saya akan memberi kenyataan rasmi esok (Khamis) dan sekarang sedang menyediakan kenyataan itu.

“Banyak perkara yang akan dimuatkan dalam kenyataan itu,” katanya.

Rozman dijangka menghantar surat permohonan menyertai parti itu kepada Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking dalam lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke pulau bebas cukai itu, esok.

SUMBER : Astro Awani

Loading...