Abang Driver Gojek Singapore Didenda Rm1500. Atas Alasan Ini Membuatkan Ramai Yang Tidak Puas Hati

0
69

Masih ingat lagi kes Abang Driver GoJek dan pelanggan yang menuduh dirinya diculik? Ingatkan kes ini dah selepas pihak GoJek tidak akan mengambil tindakan terhadap pemandu terbabit, Kamaruzaman Abdul Latiff atas kejadian tu.

Walau bagaimanapun, tak ada angin, tak ada ribut… tup-tup muncul sebuah petisyen di media sosial yang mengatakan pihak Land Transport Authority (LTA) bakal mendenda Kamaruzzaman sebanyak 500 Singapore Dollar yang bersamaan RM1,500.

Didenda dan bakal di ‘banned’ dari GoJek gara-gara sebar video

Menurut tweet yang viral baru-baru ni, petisyen yang telah ditandatangani sebanyak lebih 47,000 orang sehingga setakat ini telah diadakan demi menyelamatkan Kamaruzzaman daripada dikenakan tindakan oleh pihak LTA Singapura.

Kesan daripada tindakan LTA, Kamaruzzaman yang mempunyai 3 orang anak ini bakal dikenakan denda sebanyak 500 Singapore Dollar dan mungkin akan di’banned’ terus daripada menjadi pemandu GoJek. Alahai…

Tahukah anda driver gojek singapore hari tu bakal dikenakan denda 500sd dan bakal di ban dari gojek gara2 sebarkan video hari tu. Kejam bukan undang2 manusia ini. Drivers e hailing sedang buat petition utk bantu driver tu. anda juga boleh membantu di link https://t.co/QuPFN4gUlX pic.twitter.com/6qFG5ocdaV

— Nabil Nordin (@NabilNxrdin) February 4, 2019

Kamaruzzaman mungkin berunding dengan lawyer, hadiri temuduga dengan LTA

Menurut Asia One, Kamaruzzaman yang kini bercuti di Malaysia telah menerima berita mengenai surat LTA tersebut selepas menerima gambar daripada anaknya di Singapura.

Isi surat LTA berkenaan meminta Kamaruzzaman untuk menghadiri temuduga bersama pihak LTA pada Khamis ini (7 Februari) berikutan aduan yang diterima berkaitan insiden pada 29 Januari lepas.

Menurut Kamaruzzaman, dia akan hadir sesi temuduga tersebut dan kemungkinan besar akan berunding dengan peguam.

Dalam pada itu, petisyen dibuat khas untuk membantu Kamaruzzaman juga memberitahu bahawa mengikut undang-undang Singapura, Abang GoJek ini mungkin akan ditolak 21 markah dimerit gara-gara merakam video pelanggan dan menyebarkannya kepada awam.

Kemungkinan besar juga dia bakal kehilangan lesen memandu PDVL yang akan menyukarkannya mencari rezeki buat anak-anak di masa hadapan.

Bagi korang yang ingin membantu Abang GoJek ini, boleh sign petisyen di sini.

SUMBER : Mat Bawang

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express