70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah RM5 Ribu. Betul Ke?

0
284

70 Peratus Wanita Malaysia Tolak Bakal Suami Gaji Bawah RM5 Ribu. Kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan. Kaji selidik ini dilakukan oleh Sweet Ring.

Ramai Rakyat Malaysia

Memetik laporan China Press, laman sesawang cari jodoh itu mengumpulkan maklumat daripada 500 responden rakyat Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita inginkan pasangan mereka bergaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan barulah mereka setuju untuk berkahwin.

Rata-rata wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu turut mendedahkan, jika gaji minimum tidak menepati syarat tersebut, mereka sanggup membujang daripada berkahwin.

Manakala 30 peratus responden wanita menunjukkan, mereka sanggup menerima lelaki bergaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Namun bagi pandangan lelaki berbeza pula. 60 peratus daripada lelaki menganggap gaji diantara RM3,000 hingga RM5,000 sudah mencukupi untuk berkahwin dan mereka tidak kisah dengan gaji isteri.

Maknanya lelaki bergaji bawah RM3,000 tiada siap yang nak? Agak-agak berapa anggaran gaji lelaki yang wanita Malaysia inginkan?

Artikel Lain

Bincang Dahulu Soal Kewangan Sebelum Lafaz, ‘Aku Terima Nikahnya’

Majoriti pasangan akan rasa tidak selesa berbincang soal kewangan sebelum memberi komitmen penuh untuk hubungan jangka panjang, lebih-lebih lagi sebuah perkahwinan. Mungkin risau akan bertengkar di hari bahagia membuatkan ramai yang memilih untuk elak berbincang tentang duit secara serius.

Duit boleh menjadi satu isu yang sensitif tetapi perlu dibincangkan kerana anda boleh tetap jujur mengenai duit di peringkat awal perhubungan anda. Anda cuma perlu tetapkan halatuju yang positif dalam hubungan anda akan berjaya.

Tambahan, jika anda tidak boleh berbincang tentang duit, bagaimana anda mahu berbincang tentang pelbagai cabaran lain yang anda bakal tempuhi di alam perkahwinan?

Kita hidup di alam realiti, pelbagai cabaran akan dapat ditempuhi, kenalah usaha untuk memulakan hubungan anda dengan jujur, bertanggungjawab dan dengan komunikasi yang baik.

Ada tujuh perkara utama yang kami akan kongsikan kepada anda perlu anda lakukan sebelum anda berkahwin.

Jujur Tentang Semua Hutang Dan Aset

Buat satu penyata yang akan beri gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan anda. Dari sini, bincang cara bagaimana anda akan uruskan hutang atau apa-apa tanggungjawab kewangan lain bersama.

Bincang Pelan Jangka Masa Pendek Dan Panjang

Bincang tentang apa-apa rancangan yang anda ada – mungkin nak beli rumah, ada anak, atau berpindah ke luar negara. Jujur dan luahkan juga kerisauan anda dan apa-apa pengorbanan yang diperlukan untuk capai cita-cita anda.

Bajet Kewangan

Pasangan muda selalunya akan ada cabaran bila kongsi hidup bersama. Bila anda ada bajet, anda boleh tahu batas masing-masing dan elak pergaduhan.

Lantik Seseorang Uruskan Kewangan

Hakikatnya, tak semua orang cukup berdisiplin untuk bayar semua komitmen pada tarikh-tarikh tertentu dan lupa satu bil pun. Kalau anda lebih bijak uruskan kewangan, lebih pandai susun dan lebih banyak masa, mungkin anda yang patut uruskan hal kewangan supaya tak ada yang tertinggal nanti.

Bincang Sama Ada Mahu Kongsikan

Bincang dan putuskan sama anda anda akan uruskan tanggungjawab kewangan masing-masing atau anda akan kongsi belanja rumah sama-sama. Letakkan peraturan supaya anda takkan buat sesuatu yang pasangan anda tak suka.

Uruskan Dokumen Berkaitan Undang-Undang

Pastikan semua dokumen berkaitan undang-undang teratur dan sentiasa dikemaskini contohnya pinjaman bank, insuran kesihatan dan insuran nyawa.

Berbincang Semula

Situasi anda mungkin berubah dari semasa ke semasa. Selepas kahwin anda akan belajar benda baru dan dari situ anda boleh bincang semula sama ada keputusan yang pernah dibuat dulu masih relevan atau tidak. Sekali sekala, bincang semula tentang rancangan kewangan anda dan sesuaikan dengan keadaan.