6 Khasiat Buah Naga Yang Baik Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak Yang Perlu Anda Tahu!

0
32

Buah naga merupakan antara buah kegemaran ramai. Rasanya yang manis dan teksturnya yang lembut selain mampu menyejukkan tekak khususnya di musim panas ini sememangnya menjadi pilihan ramai.

Buah naga atau di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai dragon fruit boleh didapati dalam dua warna iaitu ungu kemerahan dan juga putih. Buah ini snagat unik kerana rupanya yang ‘bersisik’. Tidak hairanlah mengapa buah ini digelar sebagai buah naga.

Namun, tahukah anda bahawa buah ini mempunyai pelbagai khasiat baik khususnya kepada bayi? Kami akan kongsikan 6 khasiat dan manfaat buah naga yang baik untuk golongan bayi dan juga kanak-kanak. Jadi, para ibu sila ambil nota ya!

#1 Meningkatkan Tahap Imunisasi

Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah naga berfungsi mengelakkan daripada terjadinya masalah kerosakan atau keradangan sel. Fenol adalah salah satu antioksida yang mampu melindungi bayi dan mengelakkan anak-anak daripada mudah jatuh sakit.

Di samping itu, warna buah yang terang ini adalah disebabkan oleh kandungan beta-karotena dan lycopene dan kajian mendapati makanan yang kaya dengan zat ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung serta kanser!

#2 Tinggi Kandungan Prebiotik

Prebiotik merupakan satu istilah yang sering anda dengari menerusi iklan produk susu kultur misalnya. Ia merupakan bakteria yang baik bagi menjaga perut anda. Buah naga mengandungi sejenis karbohidrat yang dikenali sebagai oligosaccharide secara semulajadi di mana ia berfungsi sebagai prebiotik untuk meningkatkan fungsi pencernaan.

Jadi, lebih baik anda menikmati buah naga berbanding meminum produk susu kultur di pasaran yang mempunyai kandungan gula yang tinggi serta bahan pengawet!

#3 Mengurangkan Masalah Kembung Perut

Masalah ini biasa dialami oleh bayi dan juga kanak-kanak. Namun, ianya boleh diatasi dengan mengamalkan memakan buah naga. Hal ini kerana kandungan serat yang tinggi pada buah naga mampu membantu proses pencernaan sekali gus melatih pergerakan usus dan mengurangkan kembung.

#4 Memulihkan Sembelit

Jika anak-anak mengalami sembelit, beri mereka makan buah naga. Anda boleh jadikan buah naga ini sebagai jus, smoothie, puri atau dimakan begitu sahaja! Pasti anak-anak akan membuang selepas itu.

#5 Baik Untuk Kesihatan Tulang Dan Rambut

Buah naga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan juga potassium. Kesemua sumber mineral ini bukan sahaja baik untuk kesihatan tulang mereka tetapi juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat!

#6 Kaya Vitamin A Dan C

Vitamin A yang terdapat di dalam buah naga mampu melindungi anak daripada jangkitan penyakit manakala vitamin C pula bagus untuk kesihatan kulit.

SUMBER : SirapLimau

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express